Pages

Tuesday, March 23, 2010

Happy Birthday Muhd Adam Akmal

22 Mac 2010 Hari ini merupakan hari lahir Adam, genap 5 tahun.  Pelajar yang sangat petah berkata-kata, suka bersoal jawab dengan cikgu dan rakan-rakan.  Biasanya di Pasti As-Syifaa hanya mengadakan majlis sambutan hari lahir hanya pada hari jumaat sahaja.  Anak2 ni pantang tengok ada jajan, mereka mesti bertanya.. bila nak bagi, so..bagi jugaklah hari ni..

Adam, semoga jadi anak yang soleh dan bijak..

 Adam dah besar.. dah tinggi dari cikgu hehehe..:-)

Tadi juga sempat pergi ke majlis pelancaran markas PAS Ulu Langat, telah dirasmikan oleh Dato Tuan Guru Haji Abdul Hadi.  Sambutan yang sangat meriah dengan kehadiran yang agak ramai.  Kak Zai sempat bergambar di depan Bilik YB Che Rosli..

Monday, March 15, 2010

Ajar anak solat dari kecil

Setiap hari jumaat pelajar Pasti As-Syifaa akan mengadakan praktikal solat pada sebelah pagi diselangseli dengan kreativiti, riadhah dan menyanyikan nasyid-nasyid Pasti.  Anak-anak ini cepat belajar di tambah dengan abang2 dan kakak2 6 tahun yang telah mula fasih dengan bacaan2 dalam solat.  Walaubagaimana pun tidak dapat dinafi ada juga pelajar yg kurang memberi perhatian dan tidak suka untuk mengikut sama2 membaca menjadikan mereka agak lambat untuk menerima apa yang di ajar.

Saya merasa berbesar hati dan berbangga bila sebahagian besar dari mereka terutama pelajar 6 tahun sudah fasih membaca ayat kursi, ayat seribu dinar, doa iftitah, doa qunut dan banyak lagi doa2 lain.sekarang kami dalam proses untuk membawa pelajar menghafal asma'ul husna.  Kami juga tidak lupa untuk memahirkan mereka dengan pelajaran akedemik.. sekarang kami telah mulakan kelas cepat membaca kerana target kami semua pelajar keluar dari PAsti Syifaa dapat membaca.

Opps tersasar, saya nak fokus kepada praktikal solat sebenarnya..



Kemahiran bercakap kanak-kanak

salam..
Kami guru-guru Pasti As-Syifaa merasa bertuah pada tahun ini kerana di Pasti terdapat pelajar dari Indonesia yang baru sebulan datang ke MAlaysia, seorang pelajar yang ayahnya muallaf bangsa Cina yang bercakap Cina di rumah dan seorang lagi pelajar India Muslim yang juga bercakap Tamil dgn ibabapanya.  Ia menjadi satu cabaran kepada guru-guru untuk memahami bahasa mereka.  Alhamdulillah mereka sangat cepat belajar.. lebih cepat dari cikgu mereka yang sedang menulis ni.. :-)

Manisha Fitri baru saja datang dari Indonesia
Riski Saputra
Abbas Ali

Happy Birthday anak2 Pasti





ADAB MAKAN DAN MINUM CARA NABI SAW


salam..

mulai tahun 2010 pelajar Pasti As-Syifaa mula diperkenalkan dengan makan menggunakan talam. mulanya masing-masing agak kekok dan malu2 untuk makan bersama kawan-kawan. sekarang ni mereka makin seronok dan bertambah selera makan. sambil makan sambil bercerita. sesekli ada juga yg beritahu cikgu kawan mereka ambik banyak dan dia dapat sikit jer.. setelah ditegur guru, diberi nasihat, mereka memahami dan tahu menghormati kawan.