Pages

Wednesday, November 24, 2010

Hari Terakhir Bersama Pelajar As-Syifaa sesi 2010


Majlis Kecemerlangan Pasti As-Syifaa

Tarikh: 6 Nov 2010 (Sabtu)
Tempat: Pasti As-Syifaa
Masa: 8.30pg - 12pm











PASTI KAWASAN PUCHONG RAI PELAJAR 6 TAHUN

Puchong, 7 Nov; PASTI Kawasan Puchong telah melangsungkan Majlis Kecemerlangan Pelajar (MKP) PASTI kali ke 5 bertempat di SRA Batu 13, Puchong di sini. Ust. Mohd Soffiean Ismail selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong telah merasmikan program tersebut. Program tersebut turut dihadiri oleh Pn. Noorhanim Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Puchong dan En. Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Puchong serta semua Pengurus-pengurus, guru-guru PASTI dan juga ibu bapa pelajar. Majlis tersebut juga telah melancarkan Tabung Misi bantuan banjir Dewan Pemuda PAS Pusat ke Kedah bagi meringankan beban penduduk di Utara Malaysia. Majlis diumumkan oleh Bendahari Jabatan Amal Negeri Selangor, Saudara Mohd Nazree Bin Mohd Aris


Baca seterusnya http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/

Berikut antara gambar pelajar dan guru Pasti As-Syifaa

Monday, November 1, 2010

Lawatan Ke Zoo Melaka

Dari blog pastikawasanpuchong

Alhamdulillah pada 30 Okt 2010 Sabtu 3 PASTI dari kawasan Puchong iaitu Pasti Bestari, Pasti Al Mawardi dan Pasti As-Syifaa' telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka.  Seramai 37 pelajar dan 14 orang guru telah bersama dalam program ini. Pelajar mula berkumpul jam 7.30 pagi dan kami kami tiba dari Melaka jam 8.15pm.  Banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana. Terima kasih kepada cikgu Ila dari Pasti Ainul Mardhiah yang bersama membantu menjaga palajar.















Monday, October 25, 2010

Hari Bakat Pasti Puchong

Alhamdulillah Hari bakat PASTI Puchong dah berlalu dengan suasana meriah dan semangat kerjasama.  Walaupun Pasti As_Syifaa tidak menyerlah dalam hari bakat kali ini namun kami berbangga dengan semangat pelajar dan guru-guru juga ibubapa dalam menjayakan program ini.

Mengikut maklumat yang diterima berikut adalah kejayaan yang diperolehim oleh pasti as-Syifaa:

1. Hafazan L - Muhd Aidil Hakim: tempat ke 3
2. Hafazan P- Sharifah Hanani : tempat ke 3
3. Sajak L- Aidil Hakim: saguhati
4. Sajak P-Nur Hadfina: saguhati
5. Nasyid- saguhati (jika dikira dalam ranking tempat ke 4)
6. Pidato- Sharifah Hanani: tempat ke 2
7. Khutbah - Wan Syahmi: sagu hati
8. Azan - Mohd Muaz: sagu hati

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Hari Raya Pasti As Syifaa

24 Sept 2010 Jumaat baru2 ini Pasti As Syifaa telah mengadakan majlis Hari Raya bersama pelajar dan guru-guru Pasti As-Syifaa sahaja.  Bermacam  juadah yang telah dibawa oleh para pelajar, seorang sedikit sehingga penuh meja.  Adik Aliah Noraisyah dan adik Arfa Zulaikha telah membawa kek yang istimewa.  

Pelajar juga telah diberi sedikit duit raya oleh pihak Pasti As-Syifaa.  Walaupun tidaklah banyak mana tp ianya amat bermakna kepada pelajar.  tergambar kegembiraan di wajah mereka.



Thursday, September 2, 2010

Rangkuman Ayat Al quran Yg Bagus Untuk Anak



1. Surah Al-Naml (Ayat 31-32)
Kelebihannya sebagai Doa Pelembut.
Sesuai untuk anak dan keluarga. Baca dan tiupkan di ubun2. Boleh juga dibaca dan ditiup pada makanan dan minuman.

2. Surah Taha (Ayat 1-6) 
Insyallah akan lembutkan hati sesiapa yang membacanya. Orang akan suka dengan penampilan pembacanya. Pendinding diri. 


3. Surah A-Hashr (Ayat 21-24)
Pendinding diri. Allah akan hantar 70000 malaikat menjaga orang yang membaca ayat ini. Dibaca pada sebelah pagi dan petang.

4. Rangkaian Doa
Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7), Surah Al-Baqarah (Ayat 255 @ Ayat Kursi), Surah Ash-Sharh (Ayat 1-8), Surah Taha (Ayat 1-6).
Bacakan dan tiup pada ubun-ubun anak, Insyallah akan lembut hatinya seperti lembutnya besi dizaman Nabi Daud

Selamat beramal

Sunday, August 29, 2010

Program Sumbangan dan Iftar Bersama Ibubapa Pelajar Pasti

http://dmpkpuchong.blogspot.com/

21 Ogos 2010 Sabtu Cawangan Puchong Utama dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang telah berbesar hati memberi sumbangan kepada 60 orang ibu tunggal dan fakir miskin dari masayarakat sekitar UPU Puchong Utama.  Majlis ini telah dirasmikan oleh TYP Ustaz Nasir yang tidak dapat bersama dalam majlis berbuka Puasa kerana ada majlis di tempat lain.  Pasti As- Syifaa telah menyediakan makanan untuk iftar bersama ibubapa pelajar Pasti.  YB Teresa turut bersama menyampaikan sumbangan dan menjamu selera bersama ibubapa pelajar Pasti.



Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru Pasti As-Syifaa

salam..
Pada jumaat 14 mei Pasti As-Syifaa telah mengadakan Hari Guru peringkat Pasti cawangan.  Sedikit jamuan makan telah diadakan dan sebahagiannya dibawa oleh para pelajar.  Hari guru terpaksa diawalkan kerana minggu ini iaitu 17-21 Mei Pasti Kawasan Puchong telah mengadakan peperiksaan secara serentak.

Perkara yang best pada hari guru ni adalah hadiah untuk guru.. walaupun bukan hadiah yang cikgu2 inginkan tetapi seronok tengok pelajar seronok beri hadiah.  Ada yang beri sambil senyum simpul, ada yang malu2 nak beri hadiah, ada yang minta pelajar lain yang berikan.. ada yang menjerit dari jauh lagi beritahu yang dia bawa hadiah.. "cikguuu... saya bawa hadiah untuk cikguuu..' sembil melonjak kegembiraan.  terhibur sungguh dengan gelagat kanak ni.. Agaknya tahun ini hadiah bertemakan mug... banyak mug yang saya terima kali ini.. comel2.. terima kasih anak2 muridku sayang.. :-)