Pages

Friday, November 11, 2011

wakil pelajar PASTI As Syifaa ke peperiksaan setara pasti kawasan

Assalamualaikum wbt..

Wakil pelajar 6 tahun pasti As syifaa adalah adik Nur Hadfina bt Akhire Ramdhan, yang mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini dan adik Faris Amani, mendapat tempat ke 2.  Walaubagaimanapun mereka tidak dapat melayakkan diri untuk mewakili pelajar Puchong ke peringkat negeri.

Pelajar 5 tahun pula diwakili oleh adik Muhamad Muizuddin dan adik Maryam Jamilah, mereka juga tidak dapat melayakkan diri ke peringkat negeri.  walaubagaimana pun mereka telah melakukan yang terbaik..syabas anak2 semua, teruskan kecemerlangan di tahun-tahun akan datang.


Peperiksaan Setara PASTI Kawasan Puchong 2011 berjalan lancar


PUCHONG PERDANA 3 Nov. - Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, pagi tadi telah berlangsung sesi Peperiksaan Setara PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Kawasan Puchong 2011 di Dewan Kuliah Masjid As Salam Puchong Perdana.

Semua PASTI di dalam Kawasan Puchong sebanyak 12 buah telah mengambil bahagian dengan menghantar 2 orang pelajar bagi setiap tahap. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 48 orang.

Tahniah kepada PASTI Ar-Raihan, Bandar Kinrara yang telah mendapat tempat pertama untuk tahap 6 tahun dan kepada PASTI Al-Firdaus, Taman Puncak Jalil yang telah mendapat tempat pertama untuk tahap 5 tahun.

Kedua-dua pelajar tersebut seterusnya akan mewakili PASTI Kawasan Puchong ke peringkat Peperiksaan Setara PASTI negeri pada 12 November nanti. Pihak Majlis Guru-guru Pasti (MGP) akan berhubung dengan guru berkenaan untuk mendapatkan biodata lengkap pelajar tersebut bagi di hantar ke peringkat negeri.

Kepada semua guru-guru dan tenaga pengajar , diucapkan tahniah kerana kita hampir menutup tirai sesi pembelajaran bagi tahun 2011. Kekalkan momentum dan kualiti pendidikan dan perguruan , InsyaAllah kita akan mencapai kejayaan yang dicita-citakan.

Pihak PASTI Kawasan Puchong , mewakili Dewan Pemuda Kawasan Puchong ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan jutaan penghargaan kepada Tuan Nazir Masjid As Salam Puchong Perdana kerana telah memberi peluang menggunakan kemudahan dewan kuliah Masjid As Salam bagi tujuan peperiksaan anak-anak PASTI yang terbaik ini.

Mudah-mudahan, hubungan baik antara pihak Masjid As Salam dan DPP Puchong ini , akan terus berkekalan dan diperkukuhkan untuk manfaat bersama.

Dalam perkembangan lain Insya Allah, untuk maklumat awal juga , pada sessi tahun 2012 akan ada 2 buah PASTI baru tambahan kepada 12 buah PASTI yang sedia ada di Kawasan Puchong sekarang. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Program PASTI Kawasan Puchong yang  terdekat adalam Majlis Kecemerlangan PASTI 2011 Peringkat Kawasan yang dijadual pada 13 November 2011 ini InsyaAllah. 

Laporan oleh:
Mohd Fadzli Kadir
Pengerusi PASTI Kawasan Puchong 

Wednesday, April 20, 2011

Pesta Sukan Pasti Puchong

Alhamdulillah Pesta sukan Pasti Puchong telah bejaya diadakan pada 17 April 2011 (Ahad) bertempat di Tonga D Futsal Taman Pinggiran Putra. Program bermula jam 8.30pg dan selesai jam 12.40pm.  Pasti Ainul Mardhiah telah berjaya menjadi juara dalam acara bola sepak manakala juara bola jaring telah disandang oleh Pasti Putra Permai. Pasti As-Syifaa hanya mampu bersaing keperingkat suku akhir acara bola jaring manakala acara bolasepak kalah diperingkat awal.









Friday, March 11, 2011

Latihan Sukaneka 4 tahun

kadang-kadang sangat terhibur dengan telatah pelajar 4 thn..mereka ni sangat patuh pada arahan guru, sangat jujur dalam berkata-kata. Memang masih seperti kain putih.  2 hari lepas saya berkesempatan melatih mereka berlatih sukaneka, cucuk straw, kerana cikgu mereka berkursus.  Seronok..!!!




Friday, February 18, 2011

Birthday Boy n Birthday Girls..:-)

Happy Birthday buat anak-anak muridku sayang..

Birthday Nazifa Aliya Qistina pada 7 Feb 2011

Nazifa Aliya memecah tradisi buat pulut dengan rendang, selalunya mesti ada kek..semoga Aliya menjadi anak yang solehah dan bijak..:-)

cikgu zai menyanyikan lagu happy birthday untuk aliya dan untuk diri sendiri..birthday cikgu zai pada 6 Feb 2011..Happy Birthday utk cikgu Zai jugak..:-)

Happy Birthday utk Hana Aliya 11 Feb 2011 (5 tahun)


Happy Birthday to Hana Aliya..semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan ibu ayah..

Termengah Aliya kena peluk dgn cikgu Hajar..:-)

Happy Birthday Nor Su'aidah 17 Feb 2011 (6 tahun)

Happy Birthday Su'aidah..ummi kata Su'aidah nak juga pulut macam kawan dia..ummi terpaksa minta cikgu Zai buatkan, ummi juga minta kawan buatkan kek special utk Suaidah..belajar rajin-rajin tau..jadi anak yang dapat beri kebahagiaan pada keluarga..

Su'aidah dah malu2 nak makan cikgu zai dan cikgu nor supakan depan kawan-kawan..


Latihan Sukaneka

18 Feb 2011 Jumaat, kami di Pasti As-Syifaa beramai-ramai ke padang permainan Puchong Utama untuk latihan sukan.  Pelajar 4 tahun dan 5 tahun yang kecil-kecil naik kereta cikgu Saadah dan kereta cikgu hajar.  Pelajar 6 tahun dan sebahagian pelajar 5 tahun berjalan kaki dengan cikgu nor dan cikgu Zai, bukannya jauh pun  antara padang permainan dan Pasti As-Syifaa, hanya dalam 200meter jer.

Pelajar mengambil kesempatan untuk bermain, sebelum sesi latihan berbemula.  memang seronok tp meletihkan pada cikgu yang dah agak berumur ni..alhamdulillah balik ke Pasti ada sambutan Birthday Nor Su'aidah..:-)






Sunday, January 30, 2011

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Loka Karya PASTI Kawasan Puchong

sumber: http://pastikawasanpuchong.blogspot.com/


16 Jan 2011 Ahad PASTI Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel pengurusan atau juga diberi nama Loka Karya PASTI Kawasan Puchong.  Program ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Puchong iaitu Ustaz Sufyan Ismail yang banyak menyentuh tentang akhlah dalam berjemaah.

Dalam bengkel ini juga dimasukkan perbincangan tentang taqwim PASTI untuk tahun 2011.  Disamping itu dibincangkan juga beberapa resolusi berkaitan dengan cuti MGP dan sebagainya.  Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan dapat memberi gambaran yang jelas tentang halatuju PASTI Kawasan Puchong bagi  tahun 2011.