Pages

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru Pasti As-Syifaa

salam..
Pada jumaat 14 mei Pasti As-Syifaa telah mengadakan Hari Guru peringkat Pasti cawangan.  Sedikit jamuan makan telah diadakan dan sebahagiannya dibawa oleh para pelajar.  Hari guru terpaksa diawalkan kerana minggu ini iaitu 17-21 Mei Pasti Kawasan Puchong telah mengadakan peperiksaan secara serentak.

Perkara yang best pada hari guru ni adalah hadiah untuk guru.. walaupun bukan hadiah yang cikgu2 inginkan tetapi seronok tengok pelajar seronok beri hadiah.  Ada yang beri sambil senyum simpul, ada yang malu2 nak beri hadiah, ada yang minta pelajar lain yang berikan.. ada yang menjerit dari jauh lagi beritahu yang dia bawa hadiah.. "cikguuu... saya bawa hadiah untuk cikguuu..' sembil melonjak kegembiraan.  terhibur sungguh dengan gelagat kanak ni.. Agaknya tahun ini hadiah bertemakan mug... banyak mug yang saya terima kali ini.. comel2.. terima kasih anak2 muridku sayang.. :-)