Pages

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Hari Raya Pasti As Syifaa

24 Sept 2010 Jumaat baru2 ini Pasti As Syifaa telah mengadakan majlis Hari Raya bersama pelajar dan guru-guru Pasti As-Syifaa sahaja.  Bermacam  juadah yang telah dibawa oleh para pelajar, seorang sedikit sehingga penuh meja.  Adik Aliah Noraisyah dan adik Arfa Zulaikha telah membawa kek yang istimewa.  

Pelajar juga telah diberi sedikit duit raya oleh pihak Pasti As-Syifaa.  Walaupun tidaklah banyak mana tp ianya amat bermakna kepada pelajar.  tergambar kegembiraan di wajah mereka.



Thursday, September 2, 2010

Rangkuman Ayat Al quran Yg Bagus Untuk Anak



1. Surah Al-Naml (Ayat 31-32)
Kelebihannya sebagai Doa Pelembut.
Sesuai untuk anak dan keluarga. Baca dan tiupkan di ubun2. Boleh juga dibaca dan ditiup pada makanan dan minuman.

2. Surah Taha (Ayat 1-6) 
Insyallah akan lembutkan hati sesiapa yang membacanya. Orang akan suka dengan penampilan pembacanya. Pendinding diri. 


3. Surah A-Hashr (Ayat 21-24)
Pendinding diri. Allah akan hantar 70000 malaikat menjaga orang yang membaca ayat ini. Dibaca pada sebelah pagi dan petang.

4. Rangkaian Doa
Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7), Surah Al-Baqarah (Ayat 255 @ Ayat Kursi), Surah Ash-Sharh (Ayat 1-8), Surah Taha (Ayat 1-6).
Bacakan dan tiup pada ubun-ubun anak, Insyallah akan lembut hatinya seperti lembutnya besi dizaman Nabi Daud

Selamat beramal